Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2022

Ini Kelebihan Hari Jumaat Yang Semua Orang Perlu Tahu

Ini Kelebihan Hari Jumaat Yang Semua Orang Perlu Tahu Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari jumaat inilah hari yang terkumpul di dalamnya sekian banyak fadhilat dan kelebihan seperti yang dinukilkan dalam dalil al-Quran dan al-Sunnah. Alangkah bagusnya bila kaum muslimin merebut peluang ini untuk meningkatkan kualiti amalan mereka menurut petunjuk Nabi Muhammad shallallahu’alaihi wasallam. Antara kelebihan-kelebihan hari Jumaat adalah: Penghulu segala hari Hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Hari Jumaat juga dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan do...

30 FADHILAT DAN KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMAD S.A.W

Imej
30 FADHILAT DAN KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMAD S.A.W 1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – (HR Muslim.) 2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. 4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah. 6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin ...

Cara Solat Taubat Nasuha (Dengan Niat & Doa Ringkas)

Imej
Cara Solat Taubat Nasuha (Dengan Niat & Doa Ringkas) Mungkin ada yang sedang membaca artikel ini tercari-cari cara solat Taubat Nasuha. Mungkin pernah terlanjur dan berzina. Mungkin juga ada yang pernah minum arak sehingga mabuk. Dan jangan tidak sangka, mungkin ada yang pernah membunuh seseorang. Dan barangkali sekarang baru terfikir dan dijentik hati oleh Allah untuk bertaubat. Alhamdulillah. Kami mengucapkan tahniah atas perubahan yang ingin dilakukan. Sebelum itu, perlu ada sedikit ilmu dan tahu cara solat taubat nasuha. Ini supaya kita lebih menzahirkan penyesalan dan mendapat ketenangan dengan lebih ikhlas. Apa itu taubat Nasuha? Seseorang individu yang telah melakukan dosa dan maksiat perlulah mendirikan solat sunat taubat bagi mendapatkan keampunan daripada Allah S.W.T atas dosa-dosa yang dilakukannya. Taubat nasuha merupakan sejenis taubat yang sebenar-benarnya taubat dengan janji akan mengulangi lagi segala perbuatan yang salah atau dosa tersebut. Taubat nasuh...

Solat sunat sempurnakan ibadat, jangan alpa... ada 5 waktu haram menunaikannya?

Imej
Solat sunat sempurnakan ibadat, jangan alpa... ada 5 waktu haram menunaikannya? BAYANGKAN  sehelai kain yang berlubang dan lompong itu umpama lalainya umat Islam dalam mengerjakan solat wajib lima waktu sehari. Tentu sekali ia sesuatu yang menggusarkan jika tidak dapat memenuhi tuntutan agama. Maka ketika ini, amalan menunaikan solat sunat dapat menyempurnakan ibadat kita. Namun, perlu diingat dalam mengerjakan solat sunat, aspek keikhlasan penting untuk kita menjadi hamba yang dikasihi Allah. Apakah maksud solat sunat? Solat sunat disebut juga solat Nawafil atau Tatawwu’ iaitu solat yang dilakukan secara sukarela untuk mendekatkan diri kepada Allah. Orang yang mengerjakannya dengan ikhlas lebih dikasihi dan diberi lebih perhatian oleh Allah SWT berbanding orang yang hanya mengerjakan solat fardu semata-mata. Solat sunat mempunyai fadilat yang tersendiri namun hakikatnya disembunyikan oleh Allah SWT. Pada zaman Rasulullah SAW, sahabat sangat cemburu melihat baginda bany...

Kelebihan Apabila Mengamalkan Ayat Kursi. Ramai Yang tidak. Rugi Tidak amalkan. Baca ni.. Mashaallah!! Memang ada Pengalaman.

Imej
 Kelebihan Apabila Mengamalkan Ayat Kursi. Ramai Yang tidak. Rugi Tidak amalkan. Baca ni.. Mashaallah!! Memang ada Pengalaman.     Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai ‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’. Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya. Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’. Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi. Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah) Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasal...

Cara Niat & Cara SOLAT JENAZAH GHAIB (Panduan Lengkap Rumi)

Imej
Niat & Cara SOLAT JENAZAH GHAIB (Panduan Lengkap Rumi) Janganlah berasa kesal jika tidak direzekikan menatap wajah arwah buat kali terakhir. Lakukanlah solat ghaib sebagai penghormatan terakhir dan doakan lah arwah moga-moga diampunkan dosa dan diberi rahmat Allah. Semoga panduan ini memberi kefahaman kepada anda dalam melaksanakan solat jenazah ghaib. Ini adalah panduan solat Jenazah ghaib. Panduan ini disediakan secara lengkap dan dipermudahkan dengan transliterasi Rumi untuk membantu anda yang sukar membaca Arab. Semoga panduan ini membantu anda. Pengenalan Apakah maksud solat jenazah ghaib? Solat Jenazah Ghaib ialah solat ke atas jenazah yang tidak ditemui atau jauh tempatnya serta sukar untuk pergi ke sana. Berikutan keadaan terkini negara kita dan dunia secara amnya yang dilanda wabak Covid-19, maka kita semua digalakkan untuk melaksanakan solat jenazah ghaib kepada waris atau kenalan yang beragama Islam, yang menigggal akibat virus tersebut. Solat jen...