Ini Kelebihan Hari Jumaat Yang Semua Orang Perlu Tahu
Ini Kelebihan Hari Jumaat Yang Semua Orang Perlu Tahu Hari Jumaat adalah
penghulu segala hari dan hari jumaat inilah hari yang terkumpul di dalamnya
sekian banyak fadhilat dan kelebihan seperti yang dinukilkan dalam dalil
al-Quran dan al-Sunnah. Alangkah bagusnya bila kaum muslimin merebut peluang ini
untuk meningkatkan kualiti amalan mereka menurut petunjuk Nabi Muhammad
shallallahu’alaihi wasallam. Antara kelebihan-kelebihan hari Jumaat adalah:
Penghulu segala hari Hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang
berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang
dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui
khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain
tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu
inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit
tanpa disedari. Hari Jumaat juga dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul,
memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan
dan rahmat daripada Allah S.W.T. Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir
(datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah
yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu
daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah
akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada
kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu)
untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. Keistimewaan Hari Jumaat
Hari Jumaat dikatakan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat
berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 1) Allah ciptakan Adam , 2) Allah
turunkan Nabi Adam ke bumi, 3) Allah mematikan Nabi Adam, 4) Pada hari itu juga
ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali
Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang
haram. 5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu
malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit,
bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan
pada hari tersebut. (Riwayat Hadis Muslim) Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W
bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang
disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat.
Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia
dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi). Kelebihan Solat
Jumaat Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan
hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran
ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan. Disamping itu, hari Jumaat
juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua
berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa. Rasulullah
bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban
seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban
seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia
seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat,
dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat
kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.” Setelah imam naik ke
mimbar, malaikat akan menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah.
Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya
datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran
malaikat. Malaikat Turun ke Bumi Hari Jumaat juga Allah S.A.W mengutuskan
malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke
langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa
mereka yang datang ke masjid. Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus
malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas
daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk
masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang,
mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan
nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.” Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud: “ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya
Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.” Semoga perkongsian ini
bermanfaat dan moga kita dapat sama-sama beramal kearah kebaikan.
Ulasan
Catat Ulasan